Pembangunan Aplikasi akan membantu anda menjalankan perniagaan anda dengan lebih pantas, lancar dan lebih cekap dengan perkhidmatan perisian tersuai kami.

Sistem perisian khas ini mempunyai beberapa kelebihan:

  • Tunjukkan data terkini
  • Kawal data dari pengguna
  • Mengautomasikan proses dan pengiraan
  • Fungsi backup

Laman web yang kami bantu membangunakan aplikasi : My Wire

Pembangunan Aplikasi
software-system

Sistem Perisian

Setiap perniagaan mempunyai pelbagai proses kerja yang rumit, kebanyakan kerja ini masih menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan kertas atau spreadsheet excel. Walau bagaimanapun, cara ini adalah kurang efisien disebabkan dokumen sebegini mudah hilang.

Pasukan pembangunan perisian kami akan bantu anda membina perisian yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Kami boleh mengubah sistem kertas atau excel dengan system perisian yang direka khas untuk anda.

Proses Pembangunan Aplikasi

Untuk mendapatkan keputusan akhir yang dikehendaki dari aplikasi perisian, kami mempunyai garis panduan yang tertentu.

Langkah pertama adalah untuk berbincang dengan pelanggan mengenai proses yang mereka ada dan cara ia berfungsi.

Dengan maklumat ini, kami akan mengeluarkan kertas cadangan yang merangkumi keperluan, kefungsian dan prototaip, supaya anda mempunyai idea dan contoh bagaimana aplikasi system perisian anda akan berfungsi.

Cadangan ini akan diubahsuai sehingga hasil dicapai seperti yang dijanjikan.

Langkah seterusnya adalah membina aplikasi perisian mengikut spesifikasi dan kefungsian yang dikehendaki.

Selepas aplikasi perisian selesai dibina, kami melakukan ujian dalaman terlebih dahulu bagi memastikan ia berfungsi mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

Setelah ujian dalaman berjaya, kami akan menghantar sistem perisian kepada anda untuk diuji sekali lagi.

Anda boleh mencuba dengan sistem perisian baru itu dan jika ada ralat pada sistem, anda boleh laporkan kepada kami. Kami akan perbaikinya secepat mungkin.

development-process