Reka Bentuk Web dan E-Dagang

Reka Bentuk Web dan E-Dagang, berdaya saing dalam pasaran adalah faktor utama untuk berjaya—Perniagaan.

Adalah sangat penting untuk memasarkan perniagaan anda dalam talian dalam bentuk laman web. Dengan mempunyai perniagaan anda dalam talian, ia akan lebih diakses dan di lihat oleh pelanggan.

Mengubah perniagaan anda daripada luar talian kepada dalam talian membantu menjana lebih banyak keuntungan untuk perniagaan anda.

Selain itu, tapak web yang berjaya membolehkan anda meningkatkan kesedaran perniagaan anda.

Reka Bentuk Web dan E-Dagang
mobile-responsive

Reka Bentuk Responsif Mudah alih

Kebanyakan orang menggunakan smartphone atau tablet untuk mencari maklumat dan barang yang mereka perlu secara dalam talian (online).

Oleh itu, laman web responsif smartphone sangat DIGALAKKAN bagi mencapai lebih ramai pelanggan berpotensi di pasaran.

Kami membina laman web 100% responsif smartphone dengan reka bentuk web terbaik, ini bermakna laman web anda akan dioptimumkan untuk skrin smartphone atau tablet. Dalam pada itu, pengalaman pengguna pada peranti mudah alih adalah berbeza berbanding komputer riba dan desktop, maka kami akan memastikan laman web anda berfungsi dengan baik untuk semua peranti.

Jika anda mempunyai laman web yang sedia ada tetapi ianya tidak responsif kepada peranti mudah alih, anda juga boleh menghubungi kami. Kami sedia untuk membantu anda dalam mengubahsuai laman web yang sedia ada, menjadikannya mesra pengguna peranti mudah alih.

SEO sedia

SEO bermaksud Pengoptimuman Enjin Carian. Ia adalah perkara penting dalam pembinaan web kerana ia mempengaruhi kedudukan laman web dalam enjin carian seperti Google.

SEO kebiasaanya terdiri daripada dua bahagian, pertamanya ialah bahagian teknikal dan kedua ialah kandungan laman web. Kami akan mengoptimumkan bahagian teknikal bagi memenuhi semua keperluan SEO.

Kami akan bantu anda berkenaan kandungan laman web dengan berkongsi beberapa tips dan analisis. Ia akan memberikan kandungan SEO yang baik untuk laman web anda. Kombinasi antara kedua-dua bahagian ini akan bantu meningkatkan kedudukan laman web anda di dalam enjin carian.

seo-ready
bulidmaintain

Kami Bina & Pantau

Pasukan pembinaan web berpengalaman kami akan membina laman web yang unik, kreatif dan moden yang memenuhi keperluan dan objektif anda. Laman web yang Berjaya dan mesra pengguna akan menarik lebih ramai pelanggan berpotensi.

Selain membina laman web anda, kami juga menyediakan servis untuk mengekalkannya. Kami akan memastikan laman web anda sentiasa dikemaskini.

Luar Talian(offline) ke Atas Talian(Online)

Mengubah kedai offline anda kepada online bukan sahaja dapat membantu dalam menjana lebih banyak pedapatan, anda juga dapat membina jenama dan reputasi perniagaan anda.

offline-to-online
ecommerce-website

Laman Web E-dagang

Terjemahkan laman web anda dengan laman web berbilang bahasa untuk menarik pelanggan daripada pelbagai kaum.

Pelanggan kami disokong sepenuhnya oleh pasukan professional dan berpengalaman kami.

Pelanggan boleh membayar secara terus melalui gerbang pembayaran dan e-dompet yang disediakan.

Anda akan dapat kawalan sepenuhnya ke atas system pengurusan kandungan dan akan dapat mengeditnye pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi.

Reka bentuk yang responsif dapat meningkatkan pengalaman pengguna dan juga meningkatkan keterlihatan di dalam hasil enjin carian.

Perniagaan dalam talian bukan sahaja dapat membantu dalam menjana lebih banyak keuntungan, tetapi ia juga dapat membantu membina jenama dan reputasi perniagaan anda untuk sampai kepada bakal pelanggan anda.

Anda boleh melihat reka bentuk web untuk E-dagang. Laman web yang kami bina di Supergift.